JKR DAERAH SEGAMAT

KATA ALUAN

Ir. Muhamad Yusri Bin Zainal

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Laman Web Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat kerana memberi ruang kepada saya menyampaikan kata-kata aluan di ruangan ini.

Sebagaimana sedia maklum, Laman Web Jabatan merupakan media untuk menyampaikan maklumat-maklumat, risalah-risalah, program-program dan apa juga perkara yang melibatkan Jabatan kepada umum khususnya kakitangan Jabatan dan pelanggan serta orang awam yang berurusan dengan Jabatan ini.

Saya dengan penuh yakin dan percaya, melalui laman web ini juga kakitangan akan mendapat faedah perkongsian pengalaman di samping memupuk semangat setiakawan, perpaduan dan persefahaman di kalangan warga JKR (D) Segamat.

Semangat berpasukan amatlah penting kerana ianya akan mengukuhkan sesebuah organisasi dan menjadikannya sebuah organisasi yang efisien dan cemerlang sepertimana dapat dibuktikan dalam JKR (D) Segamat sendiri yang kini mempunyai pengalaman melebihi 80 tahun (sejak tahun 1933).

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada Jawatnkuasa Laman Web dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penerbitan Laman Web JKR (D) Segamat ini. Semoga segala usaha anda semua diberkati Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

Ir. Muhamad Yusri Bin Zainal
Jurutera Daerah Segamat

OBJEKTIF & FUNGSI

Menyediakan infrastruktur Bangunan Kerajaan bagi Kementerian Pelanggan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada :-

  • Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dengan varian 10%.
  • Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
  • Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada borang kepuasan pelanggan).
  • Membelanjakan 100% peruntukan tahunan projek dengan varian 5%.
  • Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan di mana kurang daripada 10 jenis aduan* bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut :
    • Kefungsian produk sebagaimana rekabentuk.
    • Selamat digunakan.
    • Kemudahan senggaraan.
    • Mutu ketukangan (workmanship).

SEJARAH

Bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat (Public Work Department) telah dibina pada tahun 1959. Jabatan Kerja Raya pada ketika itu mempunyai beberapa bahagian seperti Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan dan Bahagian Air dan diterajui oleh Jurutera Daerah, Pembantu Teknik Jalan, Pembantu Teknik Bangunan dan Pembantu Teknik Air serta disokong oleh Bahagian Pentadbiran, Woksyop, Stor dan beberapa cawangan-cawangan kecil bagi mengendali dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan dan Bahagian Air.

JKR Daerah Segamat telah dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan kerja-kerja luar dan dalam bandar, yang mana merangkumi kerja-kerja perancangan, membina baru dan juga pembaikan dan penyelnggaraan jalan, bangunan dan membekal air bersih bagi projek-projek Persekutuan dan juga Negeri.

Memandangkan keperluan semasa, perubahan telah dilakukan oleh pihak kerajaan, di mana pembangunan jalan di dalam kawasan bandar, dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Bahagian Air telah diswastakan.

Pembangunan Daerah Segamat mengikut program-program Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dari tahun 1959 hingga kini telah dilaksanakan dengan diterajui oleh beberapa orang Jurutera Daerah yang berpengalaman luas.

SENARAI JURUTERA DAERAH SEGAMAT

NO
NAMA TEMPOH
1
Mr. J. K. Kenee 1933
2
Mr. J. M. Belling 1938
3
Mr. S. A. Jordan 1940
4
Mr. Davis 1951
5
En. Abd. Hamid Bin Abdullah 1951
6
Mr. F. J. Howe 1954
7
Mr. A. J. Colman 1954 – 1956
8
Mr. J. B. Reeve 1956
9
Ir. Mohd. Yusof Bin M. Yunos 20.7.59 – 10.3.62
10
Ir. Edward Cheah Sian Siew 11.3.62 – 27.5.64
11
Ir. T. A. Jegaraj 1.6.64 – 30.5.65
12
Ir. Alexius Loo Yew Ann 1.6.65 – 7.1.69
13
Ir. Foo Chee Eng 8.1.69 – 26.1.70
14
Ir. Soh Bee Koon 27.7.70 – 12.4.72
15
Ir. A. Narayanan 13.4.72 – 17.8.72
16
Ir. Khoo Heng Choon 18.8.72 – 30.4.74
17
Ir. Wong Sie Ning 1.5.74 – 30.9.76
18
Ir. Yusof Bin Hashim 1.10.76 – 8.7.78
19
Ir. Akbar Bin Johari 8.7.78 – 20.10.78
20
Ir Yusof Bin Hashim 21.10.78 – 15.4.79
21
Ir. Tan Keng Hong 16.4.79 – 8.1.80
22
Ir. Ismail Bin Mohd Yusoff 9.1.80 – 31.12.81
23
Ir. Syed Seth Bin Syed A. Rahman 1.1.82 – 31.3.89
24
Ir. Abd. Latif Bin Hj. Mohd Dewa 16.5.89 – 16.6.92
25
Ir. Azmi Bin Yusof 17.6.92 – 16.12.92
26
Ir. Ramli Bin Osman 17.12.92 – 31.10.96
27
Ir. Nazari Bin Hashim 1.11.96 – 15.1.2002
28
Ir. Hj. Asraruddin Bin Jaafar 16.1.2002 – 15.1.2006
29
Tuan Haji Mohd. Ali Bin Deraman 16.1.2006 – 30.4.2007
30
Ir. Azizan Bin Dahari 1.5.2007 – 21.10.2013
31
Mohd. Isa Bin Sulaiman 22.10.2013 – 29.2.2016
32
Azman Bin Ismail 1.3.2013 – 31.05.2020
33
Hazrul Aizat Bin Mohammad 1.6.2020 – 17.8.2020
34
Ir. Nor Saleheen Binti Abdul Razak 18.8.2020 – Kini

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Johor.