JKR DAERAH KLUANG

KATA ALUAN

Ir. NORLELA BINTI ABU BAKAR

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Salam muafakat Johor dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk saya memberikan kata aluan di dalam laman web ini. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada di atas daya usaha yang dilakukan sejajar dengan perkembangan pesat era globalisasi dan teknologi maklumat.

Saya berharap laman web ini menjadi salah satu wadah atau platform untuk menghubungkan seluruh warga kerja JKR dan juga menjadi media penyalur maklumat yang berkesan kepada orang ramai untuk mengetahui apakah perkhidmatan yang di tawarkan melalui system on-line atau mendapat maklumat yang cepat dan tepat..

Melalui laman web ini juga dapat menjadi saluran penyebarkan maklumat berhubung peluang tender & sebutharga atau pentadbiran dalam JKR Kluang. Ia juga dapat menonjolkan identiti dan imej jabatan; bukan sahaja kepada kakitangan tetapi juga kepada orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan dan prestasi Jabatan Kerja Raya Daerah Kluang.

Saya berharap laman web ini dapat dimuatkan dengan berita, artikel dan bahan-bahan rujukan yang boleh dijadikan panduan kepada mereka yang melayarinya. Semoga usaha murni ini akan disusuli pula dengan usaha-usaha lain supaya jabatan ini sentiasa diyakini dan dihormati oleh masyarakat.

Akhir kata saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Portal JKR Kluang di atas inisiatif yang diambil bagi menyediakan laman web untuk tatapan masyarakat dan audien dipelbagai peringkat yang berhubung dengan JKR Daerah Kluang.

Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum w.b.t.

Sekian, terima kasih.

Ir. NorLela binti Abu Bakar
Jurutera Daerah Kluang

OBJEKTIF & FUNGSI

Menyediakan infrastruktur Bangunan Kerajaan bagi Kementerian Pelanggan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada:-

  • Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dengan varian 10%.
  • Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
  • Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada borang kepuasan pelanggan).
  • Membelanjakan 100% peruntukan tahunan projek dengan varian 5%.
  • Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan di mana kurang daripada 10 jenis aduan bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut:

a) Kefungsian produk sebagaimana rekabentuk
b) Selamat digunakan
c) Kemudahan senggaraan
d) Mutu ketukangan (workmanship).

Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:

VISI
Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini.

MISI JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:

  1. Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
  2. Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
  3. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
  4. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
  5. Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
  6. Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
  7. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
  8. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

SEJARAH

DAERAH KLUANG dengan keluasan 2,865 kilometer persegi mempunyai jumlah penduduk seramai 323,762 orang (Sumber : Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia Tahun 2020, Daerah Kluang, Jabatan Perangkaan Malaysia).

PWDTC (Public Works Department Central Johor) telah ditubuhkan pada tahun 1935 dan merupakan antara agensi kerajaan tertua di dalam Daerah Kluang. Kos perbelanjaan pembinaannya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Johor yang berjumlah RM15,800.00.

Di peringkat awalnya, jabatan ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Bangunan, Bahagian Jalan dan Bahagian Air. Walau bagaimanapun, pada 1989 bahagian air telah dipisahkan dengan JKR dan menubuhkan Jabatannya sendiri iaitu Jabatan Bekalan Air (JBA). JKR memainkan peranan penting dan berfungsi sebagai sebuah agensi teknikal kepada Kerajaan Malaysia.

JKR diletakkan di bawah Kementerian Kerja Raya dan berperanan melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur kepada pelbagai Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun dan Kerajaan Negeri seperti jalan, bangunan, lapangan terbang, Pelabuhan dan jeti.

Pejabat ini diketuai oleh Jurutera Daerah dan dibantu oleh Pegawai Pengurusan Profesional dan Pegawai Pelaksana yang berkhidmat dalam pelbagai bahagian dan unit iaitu lapan (8) bahagian utama adalah Bahagian Pengurusan Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan, Bahagian Fasiliti, Bahagian Ukur Bahan, Bahagian Mekanikal, Bahagian Elektrikal, dan Bahagian Korporat dan lima (5) Unit iaitu Unit Kewangan, Unit Perolehan dan Bekalan, Unit Pembangunan Tepi Jalan (RSD), Unit Senggara Jalan dan Unit Senggara Bangunan.

Setakat ini, JKR (D) Kluang telah diterajui oleh seramai 32 orang Jurutera Daerah sejak ianya ditubuhkan dan terkini telah disandang oleh Tuan Ir. Haji Mohd Zaharudin bin Ayep yang memulakan tugasnya pada 16 Febuari 2021 sehingga kini.

SENARAI JURUTERA DAERAH KLUANG

NO
NAMA TEMPOH
1
Allan Inglis 20.06.1948 – 18.10.1950
2
M.B Hember 19.10.1950 – 14.09.1951
3
C.F.Sutton 15.09.1951 – 26.11.1952
4
M.H.L.Elans 27.11.1952 – 31.08.1955
5
K.Welding 01.09.1955 – 21.02.1957
6
G.N.Cheek 22.02.1957 – 30.04.1958
7
D.P.Grace 01.05.1958 – 24.07.1960
8
H.Green 25.07.1960 – 20.02.1961
9
C.D.Barber 21.02.1961 – 18.03.1962
10
Mohd Tahir Bin Hj. Abd Manan 19.03.1962 – 19.01.1964
11
S. Theriviam 20.01.1964 – 20.06.1965
12
E.Balasubramaniam 21.06.1965 – 13.12.1967
13
Ng Kah Choon 14.12.1967 – 13.04.1970
14
P.Srinivasan 14.04.1970 – 10.08.1973
15
Chai Yen Chong 11.08.1973 – 07.08.1974
16
Ooi Boon Keng 08.08.1974 – 04.02.1977
17
Lee Kim Seng 05.02.1977 – 15.07.1978
18
Ooi Gin Hoay 16.07.1978 – 02.01.1979
19
Lee Chan Lim 03.11.1979 – 31.12.1983
20
Fan Kow Jan 01.01.1984 – 31.12.1988
21
Lak Poo Siang 01.01.1989 – 15.12.1993
22
Hamizan Bin Mohd Inzan 06.12.1993 – 31.03.1999
23
Hj. Busari Bin Hj. Ahmad 01.06.1999 – 31.01.2004
24
Haji Hanan Bin Haji Elias 01.02.2004 – 15.01.2006
25
Shamsulakmar B. Abdul Munir 16.01.2006 – 15.01.2008
26
Ir. Abu Bakar Bin Abd Aziz 16.01.2008 – 15.04.2009
27
Ir. Hamdan Bin Ali 16.04.2009 – 28.02.2015
28
Zainal Bin Tumian 01.03.2015 – 15.06.2016
29
Abu Bakar Bin Ibrahim 16.06.2016 – 15.01.2017
30
Muhammad Hanafiah Bin Sharif 16.01.2017       – 29.09.2018
31
Ir. Aidi Bin Mohd Saleh 30.09.2018 – 17.02.2021
32
Ir.  Haji Mohd Zaharudin Bin Ayep 16.02.2021 – Hingga Kini

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

  • PEJABAT JURUTERA DAERAH

    Jabatan Kerja Raya Kluang,
    Karung Berkunci 51,
    86009 Kluang,
    Johor Darul Ta’zim.

  • TEL: 07-772 4040 / 41
  • FAKS: 07-774 4030
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Johor.
Skip to content