JKR DAERAH KOTA TINGGI

KATA ALUAN

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah dan tahniah kepada Jawatankuasa Kerja ICT kerana komitmen berterusan mengemaskinikan laman web Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi bagi manfaat semua seiring dengan melangkah ke arah matlamat sebagai salah satu saluran maklumat rasmi utama.

Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian maklumat dan perkhidmatan yang lebih efisien, JKR Kota Tinggi sedia membantu dan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan bagi mencapai matlamat dasar dan menyalurkan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi yang lebih effektif dan strategik.  Dengan ujudnya Laman Web penyebaran maklumat akan disalurkan dengan lebih mudah dan konsisten kepada semua pelanggan, ini adalah kerana Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi adalah salah satu jabatan kerajaan yang bertanggungjawab bagi melaksanakan projek-projek pembangunan samaada projek persekutuan ataupun projek negeri. Projek pembangunan tersebut merangkumi pembinaan dan penyelenggaraan jalanraya dan bangunan di Daerah  Kota Tinggi.

Sebagai agensi Kerajaan yang perihatin dengan arus pembangunan dan perkembangan teknologi maklumat melalui internet, pihak kami tidak mahu ketinggalan dan bersaing dengan agensi-agensi kerajaan yang lain memperluaskan penggunaannya. Saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan yang positif dari wargakerja JKR Kota Tinggi mahupun pelanggan kami bagi memantapkan lagi laman web ini demi untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami.

Sekian, terima kasih dan SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB JKR Kota Tinggi.

Muhd Ridhuan bin Sulaiman
Jurutera Daerah Kota Tinggi

OBJEKTIF & FUNGSI

Menyediakan infrastruktur Bangunan Kerajaan bagi Kementerian Pelanggan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada:-

  • Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dengan varian 10%.
  • Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
  • Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada borang kepuasan pelanggan).
  • Membelanjakan 100% peruntukan tahunan projek dengan varian 5%.
  • Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan di mana kurang daripada 10 jenis aduan* bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut:

a) Kefungsian produk sebagaimana rekabentuk
b) Selamat digunakan
c) Kemudahan senggaraan
d) Mutu ketukangan (workmanship)

Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:

VISI

Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini.

MISI JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:

  1. Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
  2. Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
  3. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
  4. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
  5. Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
  6. Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
  7. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
  8. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

SEJARAH

Bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya Kota Tinggi,
Aras 5, Bangunan Sultan Iskandar.

Bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi pada asalnya di Bangunan Pejabat Penyelenggaraan Bangunan, Jalan, Elektrik dan Pelan yang terletak di Jalan Lombong (sekarang Jalan Tun Habab) berhadapan dengan Hospital Daerah Kota Tinggi sebelum berpindah Ke Aras 5, Bangunan Sultan Iskandar, Kota Tinggi, Johor. Pada Januari 2009 pejabat JKR seterusnya berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Abdul Aziz, Kota Tinggi.

Pejabat JKR Daerah Kota Tinggi,
Jalan Abdul Aziz, Kota Tinggi.

Dahulunya Daerah Kota Tinggi mempunyai dua (2) pejabat JKR iaitu di Daerah Kota Tinggi dan Pejabat JKR Kejora. Pada 01hb Mac 1998, JKR KEJORA telah dibubarkan dan sebahagian besar dari kakitangannya telah diserapkan ke JKR Daerah Kota Tinggi, begitu juga pembinaan dan penyelenggaraan projek-projeknya.

Bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi pada asalnya di Bangunan Pejabat Penyelenggaraan Bangunan, Jalan, Elektrik dan Pelan yang terletak di Jalan Lombong (sekarang Jalan Tun Habab) berhadapan dengan Hospital Daerah Kota Tinggi sebelum berpindah Ke Aras 5, Bangunan Sultan Iskandar, Kota Tinggi, Johor. Pada Januari 2009 pejabat JKR seterusnya berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Abdul Aziz, Kota Tinggi.

Jabatan Kerja Raya pada ketika itu mempunyai bahagian-bahagian seperti Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan dan Bahagian Penyelenggaraan Air yang di terajui oleh seorang Jurutera Daerah, Pembantu Teknik Jalan, Pembantu Teknik Bangunan, Pembantu Teknik Penyelenggaraan Bangunan dan Pembantu Teknik Pendidikan manakala disokong oleh Bahagian Pentadbiran, Workshop, Stor serta beberapa cawangan-cawangan kecil bagi mengendali dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Bahagian Jalan, Penyelenggaraan Bangunan Kerajaan.

JKR Daerah Kota Tinggi telah dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan kerja- kerja luar dan dalam bandar, felda-felda dan sekolah-sekolah yang mana merangkumi kerja-kerja perancangan, membina baru Bangunan Sekolah, Rumah Guru, Bangunan Am seperti Hospital, Kesihatan Bomba, Imigiresen, Polis, Mahkamah serta lain bangunan Kerajaan dan juga pembaikkan kepada membina jalan, bagi projek-projek Persekutuan dan juga Negeri.

Memandangkan keperluan semasa perubahan telah dilakukan oleh pihak kerajaan, dimana pembangunan jalan didalam kawasan bandar, di laksanakan oleh pihak Majlis Tempatan, dan Bahagian Air telah diswastakan. Pada 15.02.2001 sebahagian bahagian jalan (Persekutuan) telah diswastakan dibawah Penyelenggaraan Selia Senggara.

SEJARAH PEJABAT JABATAN KERJA RAYA DAERAH KOTA TINGGI, JALAN ABDUL AZIZ

NAMA BANGUNAN: JKR 2482 BANGUNAN PEJABAT JKR (D) KOTA TINGGI
KELUASAN: 698.9m2
TARIKH SIAP PEMBINAAN: TAHUN 2005
KOS PEMBINAAN: RM 2,680,244.00

SENARAI JURUTERA DAERAH KOTA TINGGI

NO
NAMA TEMPOH
1
Ir. Liang Han Ching 01.03.1972 – 31.12.1973
2
Ir. Sia Lok Lin 01.01.1974 – 31.04.1975
3
Ir. Aziz Yadam Bin Ahmad Khalid 01.05.1975 – 08.07.1978
4
Ir. Ismail Bin Yusof 09.07.1978 – 09.01.1980
5
Ir. Wong Seik 10.01.1980 – 16.01.1981
6
Ir. Syed Zain Bin Syed Mahmod 17.01.1981 – 06.11.1982
7
Ir. Landong Bin Wakimin 07.11.1982 – 31.03.1985
8
Ir. Zainudin Bin Mohd. Gahazali 01.04.1985 – 06.09.1987
9
Ir. Yusof Bin A. Hamid 07.09.1987 – 15.06.1992
10
Ir. Kairazan Bin Mansor Roosnam 16.06.1992 – 15.05.1995
11
Ir. Kamsani Bin Johan 15.05.1995 – 31.10.1996
12
Ir. Shahwai Bin Awang 01.11.1996 -15.08.1998
13
Ir. Patahorahman Bin Ishak 16.08.1998 – 16.01.2001
14
Ir. Mohd. Rahim Bin Kawangit 16.01.2001 – 30.01.2004
15
Ir. Dzarif Bin Yaacob 03.02.2004 – 31.01.2007
16
Ir. Kaniah Bte Ambak 01.02.2007-16.01.2011
17
Sarihan bin Johor 17.01.2011-15.02.2015
18
Rijal Nazli Bin Sulaiman 16.02.2015-2016
19
Normansah Bin Bokhari 2016 – 2021
20
Ir.Ts. Mazman Bin Mohamad 2021 – 2025
20
Ir. Md Azizi bin Dahlan 1.1.2025 – 30.5.2025
20
Ir. Ts. Norazlan Bin Mohamad Nor 1.6.2025 – KINI

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

NONAMAJAWATANE-MELTEL
1.Ir. Ts. Norazlan Bin Mohamad NorJurutera Daerah / Jurutera Awam Gred J48Ir. Ts. Norazlan Bin Mohamad Nor07-883 1040 sambungan 208
2.Iryanti Binti Abd. LahmahidJurutera Awam Gred J41iryanti@jkr.gov.my07-883 1040 sambungan 231
3.Mohd Shakirin Bin BosraJurutera Awam Gred J41mohdshakirin@johor.gov.my07-883 1040 sambungan 224
4.Ramon LimJurutera Awam Gred J41ramonlim@jkr.gov.my07-8831040 sambungan 223
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Johor.
Skip to content