JKR DAERAH MERSING

KATA ALUAN

Ir. SHARUL IRMAN BIN MUHAMAD TAHIR

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Pertama sekali saya merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pembangunan Laman Web Rasmi JKR Daerah Mersing. Dengan kerjasama dan kesungguhan mereka, Laman Web Rasmi JKR Daerah Mersing dapat dibangunkan sebagai sumber rujukan dan maklumat JKR keseluruhannya.

Dengan adanya Laman Web ini, kakitangan JKR Mersing dan semua pelanggan akan dapat berkongsi sebarang maklumat dengan lebih mudah dan cepat, menepati hasrat kerajaan yang mahu menjadikan ICT sebagai sebahagian daripada budaya kerja dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja kakitangan awam.

Saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada kakitangan yang terlibat. Dalam keghairahan mengecap kejayaan yang bermakna ini, kita tidak harus lupa untuk mendidik generasi baru untuk meneruskan usaha kita ini. Disamping itu, pelbagai artikel akan di muatnaik dari masa ke semasa untuk memberikan panduan kepada sesiapa sahaja yang melayari laman ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelawat laman web ini tidak kira dimana juga anda berada. Sebarang komen dan cadangan adalah dialukan-alukan.

Akhir sekali, saya amat berharap Laman Web ini akan sentiasa dapat dikemaskinikan dan ditingkatkan dengan pelbagai aplikasi khasnya untuk kegunaan kakitangan JKR Daerah Mersing dan semua warga JKR Malaysia. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini laman ini dan mengadakan laporan langsung dari majlis tertentu yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya. Dengan usaha serta kreativiti yang berterusan tentunya Laman Web ini akan sentiasa menarik dan terus ingin dilayari oleh semua kakitangan dan pelanggan- pelanggan JKR sebagai sumber rujukan dan maklumat mereka.

Sekian, terima kasih.

Ir Sharul Irman bin Muhamad Tahir
Jurutera Daerah
JKR Daerah Mersing

OBJEKTIF & FUNGSI

Menyediakan infrastruktur Bangunan Kerajaan bagi Kementerian Pelanggan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada:-

  • Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dengan varian 10%.
  • Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
  • Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada borang kepuasan pelanggan).
  • Membelanjakan 100% peruntukan tahunan projek dengan varian 5%.
  • Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan di mana kurang daripada 10 jenis aduan* bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut:

    a) Kefungsian produk sebagaimana rekabentuk
    b) Selamat digunakan
    c) Kemudahan senggaraan
    d) Mutu ketukangan (workmanship).

Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:

Visi
Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini.

Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:

  1. Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
  2. Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
  3. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
  4. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
  5. Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
  6. Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
  7. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
  8. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

SEJARAH

  • Pejabat pertama JKR Daerah Mersing terletak di Kompleks Kerajaan Bangunan Lama, Jalan Ibrahim dengan kos pembinaan berjumlah RM 48,000.00.
  • Kemudian dipindahkan ke Bangunan PWD1, Jalan Abu Bakar, Mersing, Johor.
  • Pada tahun 1970, JKR Daerah Mersing telah berpindah ke Aras 2, Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Jalan Ibrahim, Mersing, Johor.
  • Bermula pada Oktober 1998 sehingga kini, JKR Daerah Mersing telah beroperasi di bangunan sendiri dengan kos pembinaan hampir berjumlah RM 2,000,000.00 yang  beralamat :

 Pejabat Jurutera Daerah,
Jabatan Kerja Raya,
No 1000, Jalan Pancur,
86800 Mersing, Johor.

SENARAI JURUTERA DAERAH MERSING

NO
NAMA TEMPOH
1
Ir. Tan Yan Fatt 01.04.1972 — 30.06.1976
2
Ir. Kong Meng Kuat 01.07.1976 — 04.05.1977
3
Ir. T. Selvanayagam 05.05.1977 — 04.08.1978
4
Ir. Jamil Bin Abdullah 06.08.1978 — 15.06.1980
5
Ir. Khairi Bin Ambran 16.06.1980 — 30.09.1981
6
Ir. Zainuddin Bin Ghazali 01.10.1981 — 15.09.1984
7
Ir. Yusof Bin Amir 16.09.1984 — 15.06.1984
8
Ir. Hassan Bin Long Ahmad 16.06.1984 — 15.06.1991
9
Ir. Landong Bin Wakimin 01.10.1996 — 30.04.2000
10
Ir. Zainal Arsad Bin Md. Amin 01.05.2000 — 31.08.2000
11
Ir. Mohamad Salleh Bin Abu Bakar 01.09.2000 — 31.05.2007
12
Mohd. Nazri Bin Ali 01.06.2007 — 13.07.2011
13
Abdul Halim Bin Daud 01.07.2011 —- 15.09.2012
14
Mohammad Kamal Bin A. Rahman 16.09.2012 — 16.09.2015
15
Mohamad Kamal Bin Mohd Raudzi 16.09.2015 —- 03.09.2018
16
Ir. Mohd Idham Bin Mokhtar 03.09.2018 — 23.08.2021
17
Ir. Zailan Azwan Bin Zainal Badri 23.08.2021 – 01.01.2022
18
Ir. Mohd Faizal Bin Mohamad 17.01.2022 – 14.03.2024
18
Ir. Sharul Irman bin Muhamad Tahir 17.03.2024 – Kini

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

  • PEJABAT JURUTERA DAERAH

    Jabatan Kerja Raya Mersing
    No 1000, Jalan Pancur,
    86800 Mersing,
    Johor Darul Ta’zim.

  • TEL: 07-799 4040 / 07-799 4877 (Jurutera Daerah)
  • FAKS: 07-799 4877
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Johor.
Skip to content