JKR DAERAH TANGKAK

KATA ALUAN

Ir. MOHAMMAD ADAM BIN
MOHD YAZID

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan para sahabat sekelian.

Laman web JKR Daerah Tangkak dibangunkan dengan hasrat untuk memperkenalkan Jabatan ini kepada masyarakat awam. Laman Web ini merupakan satu saluran alternatif bagi menyampaikan perkhimatan yang disediakan oleh jabatan ini kepada semua penduduk di daerah Tangkak khasnya dan Negeri Johor amnya.

Pengunjung Laman Web ini juga di alu-alukan untuk mengemukakan pertanyaan yang berkaitan dengan jabatan melalui alamat e-mail dan media sosial seperti Facebook yang disediakan dan saya juga berbesar hati menerima cadangan dan teguran yang bernas bagi memperbaiki Laman Web ini .

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kakitangan jabatan ini sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembangunan Laman Web JKR (D) Tangkak ini. Saya juga berharap semoga maklumat yang disediakan dapat memberi manafaat kepada semua.
Sekian, selamat melayari Laman Web Rasmi JKR derah Tangkak.

“JKR – JASA KEPADA RAKYAT”

Ir. Mohammad Adam bin Mohd Yazid
Jurutera Daerah
JKR Daerah Tangkak

OBJEKTIF & FUNGSI

Menyediakan infrastruktur Bangunan Kerajaan bagi Kementerian Pelanggan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada:-

  • Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dengan varian 10%.
  • Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
  • Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada borang kepuasan pelanggan).
  • Membelanjakan 100% peruntukan tahunan projek dengan varian 5%.
  • Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan di mana kurang daripada 10 jenis aduan* bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut:

    a) Kefungsian produk sebagaimana rekabentuk
    b) Selamat digunakan
    c) Kemudahan senggaraan
    d) Mutu ketukangan (workmanship).

Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:

Visi
Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini.

Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:

  1. Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
  2. Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
  3. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
  4. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
  5. Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
  6. Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
  7. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
  8. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

SEJARAH

Tangkak adalah sebuah daerah yang baru diwujudkan di Negeri Johor, Malaysia. Ibu daerah Tangkak ialah Tangkak. Daerah Tangkak merangkumi Bandar Tangkak, Tanjung Agas, Sungai Mati, Kesang, Serom, Sagil, Bukit Gambir, Kundang Ulu dan Gersik. Asalnya daerah ini adalah bahagian utara daerah Muar yang dipisahkan dengan bahagian selatan oleh sungai Muar.

Daerah Tangkak merupakan sebuah daerah daripada 10 daerah di negeri Johor secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 09hb Jun 2008 bersamaan 05 JamadilAkhir 1429H dirasmikan oleh Sultan Johor secara gilang-gemilang dan mempunyai keluasan 239,751 ekar atau 97,024 hektar. Mengikut bancian penduduknya berjumlah 132,778 orang (2010). Kedudukannya agak strategik di mana ia terletak di tengah-tengah negeri Johor bersempadan dengan negeri Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. Daerah Tangkak mempunyai 6 Mukim iaitu Tangkak, Serom, Gersik, Bukit Serampang, Kundang dan Kesang.

Lokasi Pejabat JKR Daerah Tangkak adalah di alamat ; Pejabat Jurutera Daerah, JKR 1606, Jalan Sialang, 84900 Tangkak, berhadapan dengan Pejabat Besar Majlis Daerah Tangkak. Bangunan asal adalah merupakan setor penyelenggaraan jalan zon utara JKR Daerah Muar.

Pegawai pertama yang telah ditempatkan di JKR Daerah Tangkak adalah En. Zulkifli Bin Naim, seorang Pembantu Jurutera Kanan yang dipindahkan dari JKR Daerah Segamat pada 17hb Mei 2010 bersama dengan pekerja selenggara jalan seramai 24 orang semuanya.

Jurutera Daerah pertama JKR Daerah Ledang adalah En. Abu Bakar Bin Ibrahim yang telah mula bertugas pada 16hb Jun 2010 hingga 31hb ogos 2014. Kemudian, Ir. Aidi Bin Md Salleh meneruskan pentadbiran JKR Ledang bermula 1 September 2014 sehingga 31 Disember 2015. Pada 01 Januari 2016 berlaku penukaran semula nama daerah Ledang kepada daerah Tangkak. Jurutera daerah yang berkhidmat ketika itu ialah Ir. Aidi Bin Md Salleh dari 01 Januari 2016 hingga 02 September 2018, lalu digantikan oleh Ir. Zulkarnain Bin Ali pada 03 September 2018 sehingga 22 Ogos 2021. Kini, Ir. Azmilhizam Bin Md. Isa meneruskan pentadbiran JKR Daerah Tangkak bermula pada 23 Ogos 2021 sehingga kini.

Sehingga tarikh penulisan ini JKR Daerah Tangkak telah mempunyai 83 pegawai dan kakitangan yang menjalankan perlaksanaan projek dan menyenggara bangunan dan jalan raya dalam daerah Tangkak.

SENARAI JURUTERA DAERAH TANGKAK

SEBELUM PENUKARAN SEMULA NAMA DAERAH KE TANGKAK

NO
NAMA  TEMPOH
1
En. Abu Bakar Bin Ibrahim  16.06.2010 – 17.08.2014
2
Ir. Aidi Bin Md Salleh  01.09.2014 – 31.12.2015

SELEPAS PENUKARAN SEMULA NAMA DAERAH KE TANGKAK

NO
NAMA  TEMPOH
1
 Ir. Aidi Bin Md Salleh  01.01.2016 – 02.09.2018
2
 Ir. Zulkarnain Bin Ali  03.09.2018 – 22.08.2021
3
 Ir. Azmilhizam Bin Md. Isa  23.08.2021 – Kini

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

  • PEJABAT JURUTERA DAERAH

    Jabatan Kerja Raya Daerah Tangkak
    JKR 1606, Jalan Sialang,
    84900 Tangkak, Johor.

  • TEL: 06-978 7655
  • FAKS: 06-978 1350
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Johor.
Skip to content