S3PK KLUANG

KURSUS PEMANTAPAN SISTEM S3PK UNTUK PROSES PEROLEHAN SEBUTHARGA KERJA JKR KLUANG

24.04.2025 | Khamis, JKR Kluang telah menganjurkan Kursus Pemantapan Sistem S3PK Untuk Proses Perolehan Sebutharga Kerja bertempat di Bilik Mesyuarat, JKR Daerah Kluang. Seramai 20 orang peserta yang terlibat dengan sistem ini.

Penceramah kursus ini adalah Encik Mohamad Aliff Afifuddin bin Hilmy dari Unit ICT JKR Johor dibantu oleh Cik Izzayanah binti Yahya (Unit ICT JKR Johor), Puan Hazirah Marinah binti Hamdan dan Puan Norhaslinda binti Mohd Faizal Subramaniam (Bahagian Ukur Bahan JKR Johor) serta Encik Ariffin bin Md Hudzari (Bahagian Bangunan JKR Johor).

Objektif kursus adalah untuk memastikan Jawatankuasa Perolehan yang dilantik diberi pendedahan dan kefahaman lebih lanjut berkenaan Sistem S3PK agar proses perolehan sebutharga kerja dan dokumen-dokumen yang berkaitan berpandukan prosedur yang betul.

Semoga ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan dalam proses perolehan sebutharga kerja di dalam Sistem S3PK.