Program Saringan Kesihatan JKR Johor
Maklumat / info untuk pihak pengurusan
- BMI tinggi merupakan indikator paling ketara
47 daripada 98 pegawai (48.0%) mempunyai BMI melebihi 30 kg/m². - Risiko diabetes juga perlu diberi perhatian
38 orang (38.8%) mempunyai FBS melebihi 5.6 mmol/L. - Risiko hipertensi dan kolesterol berada pada tahap yang sama
Masing-masing 34 orang (34.7%) melepasi ambang yang ditetapkan. - Hampir separuh peserta memerlukan tindakan susulan
Sebanyak 47 orang (48.0%) dikenal pasti mempunyai rekod tindakan sama ada rujukan KK atau intervensi komuniti. - Fokus program seterusnya
Disyorkan supaya intervensi JKR Johor memberi penekanan kepada pengurusan berat badan, pemakanan sihat, aktiviti fizikal, kawalan tekanan darah, kawalan kolesterol dan pencegahan diabetes.











