LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA SEKTOR INFRA KE BANGUNAN SULTAN ISKANDAR
Pada hari Selasa, 10 Oktober 2023, Dato’ Ir. Hj Zulkipli bin Hj Nasri selaku Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) telah mengadakan lawatan kerja ke Bangunan Sultan Iskandar bagi membincangkan isu kesesakan di tambak Johor bersama pihak JKR BSI. Turut serta dalam lawatan adalah Jurutera Awam Penguasa Bahagian Bangunan, JKR Johor, Ir. Aidi bin Md Salleh dan Ketua Jurutera Mekanikal Negeri, JKR Johor, Ir. Hisham Bin Mokhtar. Dalam lawatan itu, Dato’ Ir Hj Zulkipli turut berpeluang meninjau sendiri keadaan jalan-jalan serta laluan keluar masuk Malaysia-Singapura.