LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN (FIRE DRILL) BANGUNAN DATO ABDUL RAHMAN ANDAK, KOTA ISKANDAR, ISKANDAR PUTERI
11 November 2026 , BANGUNAN DATO ABDUL RAHMAN ANDAK
Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor telah menganjurkan Program Fire Drill (Latihan Kebakaran) di Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Butiran Program:
• Tarikh: 11 NOVEMBER 2026 di Ruang Tempat Berkumpul Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak.
• Agensi Terlibat: Dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dengan kerjasama Angkatan Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, JKKP BDARA, Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor, Pejabat Perbadanan Kemajuan perumahan Johor (PKPJ), dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Tempatan.
Tujuan & Aktiviti:
• Objektif: Mempersiapkan kakitangan dan warga kerja menghadapi kecemasan serta kebakaran melalui taklimat keselamatan oleh pihak bomba
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama erat antara Angkatan Bomba Iskandar Puteri dan pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) BDARA.
Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta persediaan kakitangan kerajaan dan warga tempatan dalam menghadapi situasi kecemasan, khususnya kebakaran. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ibu Pejabat JKR Johor telah melaksanakan Latihan Kebakaran dan Kecemasan dengan Kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Iskandar Puteri.
Latihan melibatkan penyertaan seramai 6 orang anggota JBPM dan warga kerja Bangunan Dato Abdul Rahman Andak bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta pemahaman terhadap prosedur keselamatan dan tindakan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran.
Pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Iskandar Puteri turut memberikan taklimat keselamatan penting, termasuk langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.
Anggota JBPM juga telah memberi tunjuk ajar secara praktikal kepada Warga kerja Bangunan Dato Abdul Rahman Andak berkaitan penggunaan alat pemadam api bagi mengawal kebakaran kecil serta prosedur yang perlu dipatuhi dalam situasi kecemasan kebakaran. Latihan ini mendapat sambutan yang baik daripada semua peserta dan berjalan dengan lancar.
JKR Johor mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan demi kesejahteraan bersama.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Tindakan Keselamatan Kebakaran, seluruh warga kerja di Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan latihan ini dengan jayanya.
#JKKP ERT JKR JOHOR
#LatihanKebakaran
#Warga BDARA
#BOMBA IskandarPuteri


















