MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PENYELENGGRAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) FOON YEW 3, JOHOR BAHRU, JOHOR

“Pada 6 Mac 2024 bertempat di SJKC Foon Yew 3, Jalan Dato Jaafar, Johor Bahru telah berlangsung Majlis Penyerahan ‘Projek Penyelenggaraan Pendawaian Elektrik Di SJKC Foon Yew 3, Johor Bahru, Johor’.
Majlis telah disempurnakan oleh TS. ZUL EFENDY BIN MOHD. ROZALI ( Jurutera Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Negeri Johor ), PUAN NG CHING YEE ( Guru Besar SJKC Foon Yew 3 ), wakil kontraktor SUTERA TEGUH ENTERPRISE dan para hadirin yang hadir.
Pada Majlis ini telah diadakan upacara menandatangani Dokumen Penyerahan dan Simbolik Gambar Projek Siap.
Projek tersebut meliputi pendawaian semula lampu, kipas, dan soket bagi bangunan sekolah Blok C.
Tahniah juga diucapkan kepada pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Setinggi – tinggi penghargaan dan Syabas juga diucapkan kepada pasukan projek dan semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.”