MAJLIS PERPISAHAN ENCIK MUHAMMAD FAHMI DAN PUAN NUR AISYAH – JKR BSI
29 November 2023, Rabu – Satu majlis perpisahan telah diadakan di Hotel Grand Blue Wave sempena pertukaran Jurutera Awam Penguasa Kanan, Encik Muhammad Fahmi Bin Shaari dan Jurutera Elektrik, Puan Nur Aisyah Binti Nordin. Encik Fahmi mula bertugas di JKR BSI sejak bulan Februari tahun 2022 dan akan berpindah ke CPAB JKR Ibu Pejabat Kuala Lumpur manakala Puan Aisyah mula bertugas di JKR BSI pada November 2020 dan ditukarkan ke JKR cawangan CrEate Melaka.
Pihak JKR BSI mengucapkan selamat maju jaya dan ribuan terima kasih di atas kerjasama mereka sepanjang bertugas bersama kami.
- Ucapan oleh Encik Fahmi
- Ucapan oleh Puan Aisyah
- Jamuan perpisahan di GBW
- Penyampaian cenderamata dari wakil JKR BSI
- Penyampaian cenderamata dari wakil JKR BSI
- Encik Fahmi di acara bowling bersama staf JKR BSI
- Puan Aisyah di acara bowling bersama staf JKR BS