MAJLIS PERSARAAN EN MOHD SHUKOR BIN MOHD SAID (CKE NEGERI JOHOR)
En Mohd Shukor Bin Mohd Said mula berkhidmat pada 2 Januari 1992 sebagai Juruteknik Elektrik dan ditempatkan di Cawangan Kejuruteraan Elektrik Johor di Jalan Kebun Teh, Larkin, Johor.
Pada Tahun 1994, beliau bertukar di JKR Daerah Batu Pahat, Johor sehingga Tahun 1998.
Pada Tahun 1998, beliau bertukar semula ke CKE Negeri Johor di Bahagian Unit Penyelenggaraan Elektrik Istana sehingga 1 Oktober 2023. Beliau bersara pada usia 55 Tahun.
Pada pihak Cawangan, Kami mengucapkan terima kasih atas jasa dan bakti atas segala komitmen serta keringat beliau sepanjang perkhidmatan disini. Akhir kata dari kami, Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya.