Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JKR Negeri Johor Bil. 4/2025

Isnin | 18 Ogos 2025 – Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JKR Negeri Johor Bil. 4/2025 telah diadakan bagi membincangkan perancangan strategik, pelaporan audit dalaman, integriti, serta penyelarasan pengurusan fasiliti dan sistem jabatan. Mesyuarat ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama JKR Johor, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JKR Negeri Johor, Tuan Ir. Zainal Bin Tumian bersama Tuan. Ir. Izmal Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah JKR Negeri Johor. Kehadiran pihak pengurusan tertinggi ini memperkukuhkan usaha dalam memastikan hala tuju organisasi sejajar dengan piawaian kualiti, keselamatan, kesihatan pekerjaan, serta integriti jabatan.

Secara keseluruhannya, mesyuarat ini berjaya mencapai objektif utama iaitu menilai prestasi, meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan, serta mengukuhkan budaya integriti dan profesionalisme bagi memastikan JKR Negeri Johor terus berfungsi sebagai agensi teknikal yang berwibawa untuk negeri dan negara.

#iamJKR
#JKRJohor
#JKRMalaysia
#JKRSynergy
#MediaDigitalJohor
#JasaKepadaRakyat
#infrarakyat