PROGRAM RANDAU INTEGRITI SIRI 2 RAHUN 2025
Selasa | 5 Ogos 2025 – Program Randau Integriti Siri 2 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tayangan, Aras 2, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. Program ini menghimpunkan warga perkhidmatan awam dalam usaha memperkukuh nilai integriti dan tadbir urus yang baik.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Shahrul Nizar Bin Mohd Shariff, Pengarah Unit Integriti, Kementerian Kerja Raya, yang turut hadir sebagai tetamu kehormat.
Antara pengisian utama ialah ceramah bertajuk isu rasuah yang disampaikan oleh Tuan Thinagaren A/L Vejian, Pegawai Penyiasat SPRM, Unit Integriti KKR.
Selain itu, turut diadakan ceramah mengenai tatakelakuan penjawat awam oleh Encik Raja Adnan Bin Raja Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Dasar & Perundingan, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Kedua-dua sesi ini memberi pencerahan yang signifikan kepada peserta berkaitan peranan dan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang beretika.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memupuk kesedaran, kefahaman, dan penghayatan nilai-nilai integriti dalam kalangan penjawat awam. Diharapkan penganjuran siri seperti ini dapat memperkukuh budaya kerja berakauntabiliti tinggi serta menyokong pelaksanaan dasar integriti nasional.












Pelawat Hari Ini : 493
Pelawat Bulan Ini : 7418
Jumlah Pelawat : 492410
