misibanjir

Misi Bantuan Banjir JKR Johor 2023

Ekoran bencana banjir yang telah melanda negeri Johor pada bulan Mac 2023, JKR Johor telah menghantar sebanyak 2 Misi bantuan banjir ke daerah yang terkesan. Misi bantuan pertama pada 9 Mac 2023 ke Daerah Segamat yang turut disertai oleh YB Exco Kerja Raya, Pengankutan Awam dan Infrastruktur YB Tuan Ir. Muhammad Fazli b. Saleh.

Misi bantuan banjir yang ke-2 telah berlangsung pada 20 hingga 21 Mac 2023 ke Daerah Batu Pahat yang turut dibantu oleh delegasi dari Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Misi bantuan ini telah menjadi aktiviti tahunan setiap musim banjir yang bertujuan membantu masyarakat khususnya warga JKR Johor sendiri yang telah terkesan dengan bencana banjir di kawasan masing-masing. JKR Johor sentiasa perihatin dengan isu-isu bencana yang memberi kesan kepada umum.