PELANCARAN PROGRAM FIRE DRILL DI BANGUNAN DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK, KOTA ISKANDAR.
31 Disember 2024,
Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor telah berjaya menganjurkan Program Fire Drill bersama Jabatan lain seperti Pejabat Perbendaharaan Negeri, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor, Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor, Invest Johor dan SUK Kerajaan Tempatan yang bertempat di Padang Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama erat antara Angkatan Bomba Iskandar Puteri dan pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) BDARA. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta persediaan kakitangan kerajaan dan warga tempatan dalam menghadapi situasi kecemasan, khususnya kebakaran.
Semasa program berlangsung, pihak Bomba turut memberikan taklimat keselamatan penting, termasuk langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. Latihan ini mendapat sambutan yang baik daripada semua peserta dan berjalan dengan lancar.
JKR Johor mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan demi kesejahteraan bersama.