KOTA ISKANDAR, 20 JUN 2024 – Telah berlangsungnya Program Ibadah Korban Perdana Kota Iskandar Tahun 2024/ 1445H yang dianjurkan oleh  Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Khidmat Pengurusan bersama Majlis Agama Islam Negeri Johor, Puspanita Cawangan Negeri Johor dan Southern Voluteers.

Pada program ini, proses pemyembelihan dan melapah sebanyak sebelas (11) ekor lembu serta satu (1) ekor kambing dilaksanakan secara gotong-royong. Daging korban dan akikah ini telah diagihkan kepada asnaf dan semua kakitangan jabatan yang terlibat.

Berkorban merupakan salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS kepada anaknya Nabi Ismail AS bagi memenuhi perintah Allah SWT. Rentetan daripada peristiwa inilah disyariatkan untuk kita melaksanakan ibadah korban. Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung dan ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang-orang yang melaksanakan ibadah ini.