JOHOR BAHRU, 23-26 MEI 2024 – Telah berlangsungnya minggu perpaduan di angsana mall. Sebelum berakhirnya Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2024, reruai Kementerian Kerja Raya menerima kunjungan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Che Roslan Che Daud serta Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan, YBrs. Encik Zulkifli Hashim.

Kami semua di reruai Kementerian Kerja Raya yang terdiri daripada wakil KKR, JKR Johor, LLM, CIDB dan ABM mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada warga Johor yang datang meluangkan masa melawat reruai.