MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA PEMASANGAN TIGA ( 3 ) SET JANAKUASA DI ABU BAKAR MARITIME BASE BATUAN TENGAH , JOHOR DARUL TA’ZIM.

“Pada 26 November 2023 telah berlangsung Penyerahan Projek Kerja-Kerja Pemasangan Tiga ( 3 ) Set Janakuasa Di Abu Bakar Maritime Base Batuan Tengah , Johor Darul Ta’zim. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Jurutera Elektrik Negeri, CKE Negeri Johor, Tuan Ir.Ts.Hj. Kamaruzaman Bin Kasimin bersama-sama wakil pelanggan dari Maritim Negeri Johor, YBhg. Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Bin Zakaria selaku Pengarah Maritim Negeri Johor, YBhg. Komander Maritim Mohd Affandi Bin Ismail selaku Pegawai Memerintah Abu Bakar Maritime Base dan juga wakil dari pihak Kontraktor.

Pada Majlis ini telah diadakan upacara menandatangani Dokumen Penyerahan dan Simbolik Gambar Projek Siap. Semoga kerjasama antara pihak JKR Johor dan Maritim Negeri Johor dapat memudahkan tugas pihak berkuasa Maritim Negeri Johor dalam kerja-kerja penguatkuasaan di perairan Negeri Johor.

Tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan. Setinggi – tinggi penghargaan dan Syabas juga diucapkan kepada pasukan projek dan semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.”