LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR BANGUNAN)

13 Oktober 2025 – Lawatan kerja YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah diadakan ke tapak Projek Pembinaan Bangunan Tambahan dan Naik Taraf Kemudahan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Pengerang, Johor bagi meninjau pelaksanaan serta kemajuan kerja-kerja di tapak.

Sepanjang lawatan, Pegawai Penguasa dan pihak kontraktor telah memberikan komitmen penuh dalam memastikan projek ini disiapkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Turut hadir ialah Pengarah JKR Negeri Johor, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan selaku Pengurus Program, Jurutera Daerah JKR Kota Tinggi selaku Wakil Pegawai Penguasa, Jurutera Bangunan, HOPT serta pasukan projek yang lain. Semua pihak terlibat turut membincangkan cabaran serta isu semasa yang dihadapi sepanjang pelaksanaan projek.

JKR komited memastikan projek dilaksanakan mengikut piawaian dan kualiti termasuk aspek keselamatan, ketahanan struktur, penggunaan bahan berkualiti serta amalan pembinaan mampan. Apabila siap sepenuhnya, projek ini akan menyediakan kemudahan moden yang selesa kepada pelajar, atlet serta tenaga pengajar, selaras usaha memperkukuh pembangunan sukan negara dan melahirkan atlet muda berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

#IamJKR
#JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat