Mesyuarat Pengurusan JKR Johor Bil.5/2025

Rabu | 8 Oktober 2025 – Mesyuarat Pengurusan JKR Johor Bil.5/2025 telah berlangsung hari ini di Aras 4, Bilik Mesyuarat Utama JKR Johor, Bahagian Pengurusan JKR Johor.

Mesyuarat dimulakan dengan kata aluan daripada Pengarah JKR Johor, Tuan Ir. Zainal Bin Tumian. Seterusnya, sesi diteruskan dengan slot perkongsian ilmu yang memfokuskan kepada Sistem MY ADUAN Johor bagi meningkatkan kefahaman dan penggunaan sistem tersebut dalam pengurusan aduan.

Antara perkara utama yang dibentangkan dalam mesyuarat ini ialah laporan pencapaian KPI Suku Tahun 3/2025, laporan aduan yang diterima dan ditangani, serta laporan latihan yang telah dilaksanakan. Turut dibentangkan ialah laporan berkaitan integriti oleh Pegawai Integriti yang merangkumi aspek pelaksanaan dan pematuhan berkaitan integriti di peringkat jabatan.

Selain itu, pembentangan arahan KPKR telah disampaikan oleh Juruukur Bahan Penguasa, diikuti dengan laporan berkaitan sistem MYKJ dan HRMIS oleh KPP Pengurusan. Mesyuarat turut memberi ruang untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit daripada mesyuarat terdahulu bagi memastikan tindakan susulan dapat diambil dengan sewajarnya.

Mesyuarat ini menjadi platform bagi menyampaikan maklumat penting, membincangkan laporan semasa bagi memastikan kelancaran pelaksanaan tugas dan tanggungjawab JKR Johor secara berterusan.