BENGKEL PENYEDIAAN PENETAPAN KAMUS KOMPETENSI FUNGSIAN (KKF) BAGI KOMPONEN PENGHASILAN KERJA DALAM MYPERFORMANCE PERKHIDMATAN AWAM NEGERI JOHOR

Pada 8 April 2026, telah berlangsung Bengkel Penyediaan Penetapan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) bagi Komponen Penghasilan Kerja dalam sistem MyPerformance Perkhidmatan Awam Negeri Johor. Program ini telah diadakan di Dewan Seminar, Aras 3, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.

Penganjuran bengkel ini bertujuan memperkukuhkan pemahaman serta penyelarasan dalam penyediaan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF), khususnya bagi komponen penghasilan kerja yang menjadi asas penting dalam penilaian prestasi penjawat awam melalui sistem MyPerformance. Selain itu, bengkel ini juga menjadi platform perbincangan dan perkongsian pandangan dalam memastikan penetapan kompetensi yang lebih jelas, relevan dan selaras dengan fungsi serta peranan setiap jawatan.

Sepanjang bengkel berlangsung, pelbagai input telah dibentangkan dan dikongsikan oleh pihak Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat. Antara pengisian utama termasuklah:

  • Penerangan berkaitan hala tuju dan kepentingan pelaksanaan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) dalam sistem MyPerformance;
  • Garis panduan penyediaan dan penetapan elemen kompetensi bagi komponen penghasilan kerja;
  • Kaedah penyelarasan kompetensi mengikut skop tugas dan bidang kepakaran;
  • Perbincangan serta sesi libat urus bagi penambahbaikan kandungan KKF agar lebih komprehensif dan praktikal untuk diguna pakai;
  • Penekanan terhadap kepentingan keseragaman dan ketelusan dalam penilaian prestasi penjawat awam.

Adalah diharapkan agar hasil daripada bengkel ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan sistem penilaian prestasi serta menyokong pembangunan kompetensi warga kerja secara lebih sistematik dan berfokus, selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam Negeri Johor ke arah kecemerlangan organisasi.