Kunjungan Hormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor Ke Jabatan Kerja Raya Negeri Johor

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗝𝗕𝗣𝗠 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗞𝗘 𝗝𝗞𝗥 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor bagi membincangkan kerjasama strategik melibatkan bantuan peralatan daripada JKR Johor sempena Sambutan Hari Bomba yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 10 Mei 2026.

Kunjungan ini telah dihadiri oleh PPjB Muhammad Al-Mustakin bin Abdul Hady, Timbalan Pengarah JBPM Johor, bersama PgKB Muhammad Tarmizi bin Md Jaafar, Penolong Pengarah JBPM Johor, serta pegawai-pegawai kanan lain termasuk Ir. Mohd Nor Hakim Bin Mohd Taib, Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan, JBPM Johor serta PPgB Mohd Roizani Bin Rosdi, Ketua Cawangan Logistik JBPM Johor.

Delegasi ini telah disambut baik oleh Ir. Zainal bin Tumian, Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, yang menyatakan komitmen JKR Johor dalam menyokong keperluan logistik dan teknikal bagi menjayakan sambutan tersebut.

Perbincangan yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni ini diharap dapat memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama antara JKR Johor dan JBPM Johor, khususnya dalam aspek kesiapsiagaan, keselamatan serta sokongan operasi melibatkan kepentingan awam.

JKR Johor komited untuk terus memainkan peranan sebagai rakan strategik kepada agensi-agensi kerajaan dalam memastikan setiap program dan inisiatif dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan rakyat.

#jkrjohor #bombajohor #HariBomba2026 #bangsajohor