Lawatan Kerja Anugerah Inovasi Jabatan Kerja Raya Malaysia

Lawatan Kerja Anugerah Inovasi Jabatan Kerja Raya Malaysia telah dilaksanakan pada 28 hingga 29 Januari 2026 (Rabu–Khamis) bertempat di Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Lawatan ini telah disambut oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Tuan Ir. Mohd Zawawi bin Zakaria.

Lawatan ini bertujuan menilai serta memperkukuh pelaksanaan amalan inovasi yang telah dibangunkan, selaras dengan usaha Jabatan Kerja Raya Malaysia dalam membudayakan inovasi dan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam.