Majlis Penyerahan Baki Projek Jambatan Gelang Patah–Pendas (J04)
3 FEBRUARI 2026 | SELASA
Majlis Penyerahan Baki Projek Jambatan Gelang Patah–Pendas (J04) telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Exco Kerja Raya Negeri Johor, YB Ts. Ir. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh. Turut bersama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Johor, ialah Datuk Pandak bin Ahmad.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Ir. Zainal bin Tumian Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, serta Tuan Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Johor Bahru, bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Kerja Raya dan wakil agensi berkaitan.
Pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Kerja Raya dalam memperkukuh jaringan infrastruktur jalan raya negeri, khususnya bagi meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan perhubungan serta keselesaan pengguna jalan raya di kawasan Gelang Patah dan Pendas.
Kerajaan Negeri Johor komited untuk memastikan setiap projek pembangunan infrastruktur dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan sosioekonomi negeri secara keseluruhan.













Pelawat Hari Ini : 510
Pelawat Bulan Ini : 7435
Jumlah Pelawat : 492427
