Lawatan Kerja Datuk Seri Ketua Setiausaha KKR ke Negeri Johor
Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad meluangkan masa hadir ke sesi ramah mesra bersama warga kerja JKR Johor Bahru sempena lawatan kerja ke Negeri Johor. Hadir sama Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool.
Ketibaan YBhg. Datuk Seri KSU telah disambut oleh Pengarah Kerja Raya Johor, Ir. Abu Bakar bin Abd. Aziz.
Kunjungan tersebut antaranya ingin mendapatkan maklumbalas terkini status projek yang dilaksanakan oleh JKR Johor dan mendengar sesi pembentangan organisasi JKR Johor. Johor merupakan negeri pertama kunjungan YBhg. Datuk Seri KSU sejak dilantik menjadi Ketua Setiausaha awal tahun ini.
Seluruh warga JKR Johor mengucapkan ribuan terima kasih atas segala pandangan dan nasihat YBhg. Datuk Seri bagi mempertingkatkan lagi organisasi demi memastikan semua projek berjaya dilaksana dengan jayanya.
Jabatan Kerja Raya Johor