Program Ihya’ Ramadhan JKR Johor 2023
Program Ihya’ Ramadhan JKR Johor 2023 telah diadakan pada hari Khamis 13 April 2023, bertempat di JKR Daerah Batu Pahat.
Program telah dihadiri oleh Tuan Pengarah JKR Johor Ir. Abu Bakar bin Abd Aziz serta keseluruhan pengurusan atasan JKR Johor, Ketua-ketua Cawangan dan Bahagian serta barisan Jurutera Daerah
Program tahunan diadakan sebagai pengisian bulan Ramadhan Mubarak.Turut berlangsung acara menyerahkan bantuan kepada para Asnaf danmangsa banjir di kalangan kakitangan JKR Johor, acara memasak bubur lambuk. Rakaman Takbir Hari Raya JKR Johor juga turut diadakan pada akhir program. Program telah berjaya mengumpulkan hampir kesemua pengurusan atasan JKR Johor disamping membantu para asnaf dan mangsa yang terkesan dengan banjir baru-baru ini.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada BIro Kebajikan Kelab Sukan JKR Johor dan JKR Daerah Batu Pahat yang telah bertungkus lumus membuat persediaan bagi memastikan kejayaan program.