LAWATAN KERJA KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN KOLAM MENYELAM TEMPUR, KEM 221 GGK MERSING
14 Oktober 2025 – YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), telah menyertai Lawatan Kerja ke tapak Projek Pembinaan Kolam Menyelam Tempur di Kem 221 GGK, Mersing, Johor. Lawatan ini turut disertai oleh delegasi Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya, bersama YBhg. Jeneral Tan Sri Hj. Mohd Nizam bin Hj. Jaffar, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan semasa projek yang telah siap sepenuhnya dan kini sedia untuk diserahkan kepada pihak pengguna. Turut hadir ialah YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Mohd Saifulisham bin Haji Baharun, Ketua Pengarah Pembangunan, Markas Tentera Darat; YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Shuhaimi bin Mat Wajab, Panglima Markas 21 Gerup Gerak Khas; YBrs. Ir. Hurolaine binti Che Ab Aziz, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan selaku Pengurus Program; YBrs. Ir. Zainal bin Tumian, Pengarah JKR Negeri Johor selaku Pegawai Penguasa; Jurutera Daerah JKR Mersing selaku Wakil Pegawai Penguasa; serta pasukan projek dan wakil kontraktor.
JKR terus komited memastikan setiap projek dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan integriti, serta mencapai objektif dan standard kualiti yang ditetapkan demi kepentingan pengguna dan negara.
#IamJKR
#JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat








Pelawat Hari Ini : 487
Pelawat Bulan Ini : 7412
Jumlah Pelawat : 492404
