MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN MAHKAMAH BAHARU PENGERANG, JOHOR
PENGERANG, 18 Oktober 2025 – YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) hari ini merasmikan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Mahkamah Baharu Pengerang, Johor. Projek ini telah berjaya disiapkan dan mendapat Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 29 OGOS 2025.
Sebagai simbolik penyerahan, Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, Ir. Zainal Bin Tumian menyerahkan replika kunci kepada YBhg. Datuk Zamri Bin Misman, Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri yang kemudianya kepada YBhg. Datuk Zamri Bin Haji Bakar, Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Turut hadir sama YB Tuan Aznan bin Tamin, ADUN Kawasan Tanjung Surat, YB Puan Fauziah binti Misri, ADUN Kawasan Penawar, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Negeri dan Daerah. JKR Daerah Kota Tinggi diwakili oleh Ir. Ts. Haji Norazlan bin Mohammad Nor diikuti dengan Pasukan Penyeliaan Projek Mahkamah Baharu Pengerang,Johor.
SYABAS dan TAHNIAH kepada pasukan projek JKR Malaysia, JKR Johor dan JKR Daerah Kota Tinggi serta kontraktor utama HI-TECH CONSTRUCTION SDN BHD serta Sub-Kontraktor yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Adalah diharapkan agar semangat, komitmen dan kerjasama yang jitu dan cekap ini dapat diteruskan dalam pelaksanaan projek-projek lain di masa akan datang.














Pelawat Hari Ini : 646
Pelawat Bulan Ini : 11328
Jumlah Pelawat : 532294
