LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR BANGUNAN) KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN SEMULA BANGUNAN DAIF SK TAMAN SRI PULAI, JOHOR BAHRU

23 Oktober 2025 – YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah membuat lawatan kerja ke tapak Projek Daif (2023): Pembinaan Semula Bangunan Daif di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai, Johor Bahru, Johor (JBA1135) bagi meninjau kemajuan dan pelaksanaan kerja di tapak. Projek ini merupakan inisiatif penting dalam memperkukuh prasarana pendidikan yang selamat dan berkualiti, sekali gus menyokong suasana pembelajaran yang kondusif.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Pengarah JKR Johor, Tuan Ir. Zainal Bin Tumian serta Jurutera Daerah JKR Kulai selaku Pegawai Penguasa, Jurutera Bangunan sebagai Wakil Pegawai Penguasa, pasukan projek serta wakil kontraktor. Semua pihak menunjukkan tahap komitmen tinggi dalam memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar. Pihak JKR juga beriltizam untuk terus bekerjasama rapat dengan kontraktor bagi menyelesaikan sebarang isu di tapak dengan segera.

Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato’ TKPKR menegaskan kepentingan mengekalkan kualiti kerja dan meningkatkan produktiviti bagi memastikan projek siap mengikut jadual. Pemantauan berterusan akan dilakukan oleh JKR bagi memastikan kemudahan yang dibina memberi impak positif serta manfaat jangka panjang kepada warga sekolah dan masyarakat setempat.

#IamJKR
#JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat