LAWATAN MENGEJUT PERDANA MENTERI KE BANGUNAN SULTAN ISKANDAR
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim mengadakan lawatan mengejut ke Bangunan Sultan Iskandar pada 25 Ogos 2023, Jumaat. Lawatan di adakan bagi meninjau kelancaran trafik keluar masuk Malaysia – Singapura. Beliau turut di iringi oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafis Bin Dato’ Ghazi dan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail dalam lawatan tersebut.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan lawatan kali ini.