Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2023
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah menganjurkan program tahunan iaitu Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2023 dengan penuh gilang gemilang pada 30 Ogos 2023 bertempat di Dewan CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Penganjuran program ini bertujuan untuk membudayakan inovasi di dalam kalangan warga JKR, dan seterusnya memberi penghargaan kepada peserta yang berjaya menghasilkan inovasi yang memberi impak kepada rakyat dan negara amnya, serta jabatan khususnya.
Bertemakan “Together We Ignite Innovation”, Konvensyen KIK JKR pada tahun ini melibatkan 366 orang peserta daripada 45 kumpulan dari pelbagai Cawangan Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri dan JKR Daerah. Kesemua kumpulan telah membentangkan inovasi masing-masing secara fizikal di hadapan panel penilai pada 24 hingga 28hb Julai 2023. 20 kumpulan telah menampilkan inovasi di bawah Kategori Teknikal, manakala 25 kumpulan telah mempertaruhkan inovasi di bawah Kategori Pengurusan.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah pemenang Konvensyen KIK JKR Malaysia Tahun 2023 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya. Turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Datuk Sr Amran bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Ir. Hj. Badioezaman bin Ab. Khalik, dan Pengarah Kanan CREaTE, YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman.
Sebanyak 7 kategori telah dipertandingkan iaitu:
- Inovasi (Kategori Teknikal);
- Inovasi (Kategori Pengurusan);
- Poster Terbaik (Kategori Teknikal);
- Poster Terbaik (Kategori Pengurusan);
- Video Boomerang Terbaik (Kategori Teknikal);
- Video Boomerang Terbaik (Kategori Pengurusan); dan
- Anugerah Penyertaan Terbanyak
Johan Inovasi bagi kategori teknikal dan pengurusan akan menerima wang tunai berjumlah RM5,000.00, trofi, mockup cheque edisi khas, dan sijil penganugerahan. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM3,000.00 dan RM2,000.00, mockup cheque edisi khas, serta sijil penganugerahan. Manakala, pemenang bagi kategori lain menerima sijil penganugerahan.
Semoga dengan kejayaan ini membuktikan bahawa JKR Johor adalah salah satu Jabatan yang berinovasi dalam bidang teknikal di peringkat JKR Malaysia.
KATEGORI | NAMA KUMPULAN | PEJABAT | KEPUTUSAN |
INOVASI (KATEGORI TEKNIKAL) | MeCHJ | Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor | JUARA |
INOVASI (KATEGORI PENGURUSAN) | J-TEC | Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor | JUARA |
POSTER TERBAIK (KATEGORI PENGURUSAN) | J-SM@RT |