LAWATAN PENGARAH KANAN CPAB JKR MALAYSIA KE JKR JOHOR

Jumaat | 12 Disember 2025 – Pejabat ini telah menerima kunjungan mesra dari Ir. Maria binti Marcus, Pengarah Kanan CPAB, JKR Malaysia dan telah di sambut mesra oleh Tuan Ir Zainal bin Tumian, Pengarah Kerja Raya Johor dan Ir Hj Isa bin Sulaiman, Jurutera Awam Penguasa Kanan CPAB, JKR Johor di bilik Pengarah JKR Johor.

Tujuan kunjungan mesra tersebut adalah untuk mempengerusikan Mesyuarat CPAB Peringkat JKR Negeri Johor di Bilik Mesyuarat Utama, JKR Johor dan dihadiri oleh semua pegawai CPAB yang berkhidmat dalam Negeri Johor.