LAWATAN PROJEK PEMBANGUNAN KLINIK KESIHATAN BAHARU SEMPENA MAJLIS JELAJAH ORANG JOHOR (JOJ) DUN PARIT RAJA, BATU PAHAT

19 April 2025 – Program Jelajah Orang Johor (JOJ) telah berlangsung dengan jayanya di DUN Parit Raja, Batu Pahat. Turut hadir, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh serta YB Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor bagi meninjau beberapa lokasi pembangunan di kawasan tersebut.

JOJ merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang bertujuan merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat serta memastikan suara rakyat terus didengari dalam tadbir urus negeri.

Antara fokus utama lawatan ialah projek Pembinaan Klinik Kesihatan Baharu (Jenis 3) dengan Kuarters di Parit Raja, yang bakal memberi manfaat besar kepada penduduk setempat. Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor terlibat secara langsung dalam penyelarasan projek ini, dengan kehadiran YBrs. Tuan Ir. Zainal Bin Tumian, Pengarah JKR Johor.

Semoga pembangunan projek ini berjalan dengan lancar bagi menyediakan kemudahan kesihatan yang lebih selesa dan mudah untuk diakses oleh rakyat.

Kerajaan Negeri Johor akan terus komited dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

#IamJKR
#KitaJKR
#jkrsynergy
#jasakepadarakyat
#jkrjohor
#majujohor
#majlisraya2025

Click here to add your own text