MAJLIS RAYA AIDILFITRI 1446H/2025 JABATAN KERJA RAYA NEGERI JOHOR
10 April 2025, sempena meraikan bulan Syawal yang penuh keberkatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025 yang berlangsung dengan meriah bertempat di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Johor.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Ir. Zainal Bin Tumian, Pengarah JKR Negeri Johor, yang diiringi oleh ketua-ketua bahagian serta warga kerja JKR dari pelbagai cawangan. Kehadiran beliau menyerlahkan semangat kebersamaan dan penghargaan terhadap komitmen serta usaha semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Antara pengisian menarik sepanjang majlis ialah jamuan raya yang menampilkan pelbagai juadah istimewa hasil sumbangan setiap jabatan, pertandingan kuiz trivia bertemakan pengetahuan warga kakitangan mengenai pengarah Tuan Ir. Zainal, sesi karaoke terbuka, serta pertandingan pakaian raya terbaik.
Majlis ini bukan sekadar sambutan perayaan, malah menjadi platform dalam mengeratkan silaturrahim, menyemai nilai perpaduan dan mengukuhkan budaya kerja yang harmoni dalam kalangan kakitangan JKR Negeri Johor. Inisiatif seperti ini diharap dapat diteruskan sebagai usaha berterusan dalam memperkasa hubungan sesama warga kerja.
Gambar sepanjang majlis boleh lihat di sini (KLIK SINI)
#IamJKR
#KitaJKR
#jkrsynergy
#jasakepadarakyat
#jkrjohor
#majujohor
#majlisraya2025