LAWATAN TEKNIKAL KE JABATAN KERJA RAYA JOHOR
Kota Iskandar, Selasa, 13 Februari 2024 – Seramai 13 orang pegawai dari pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Unit Kontrak dan Perolehan, Seksyen Projek dan Penyenggaraan, Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM Johor Bahru telah mengadakan lawatan teknikal ke Jabatan Kerja Raya Negeri Johor (Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan) dengan tujuan mendapatkan perkongsian pandangan, ilmu, pengalaman dan tatacara pihak JKR dalam menguruskan perolehan dan mentadbir kontrak perolehan kerajaan.
Lawatan ini telah di pengerusikan oleh Ir Haji Mohd Isa bin Sulaiman selaku Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan Sr Mohd Jalil bin Esman selaku Juruukur Bahan Penguasa, Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan. Turut hadir ketua delegasi lawatan ini iaitu Prof Madya Sr Dr Tajul Ariffin bin Musa, Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset, UTM Johor.
Pelbagai informasi dan pendapat dari kedua belah pihak dapat di kongsi bersama sepanjang lawatan ini antaranya dari segi aspek pengurusan kontrak dan perolehan, penyediaan anggaran kos projek dan kaedah pengurusan perolehan melalui sistem aplikasi.