MAJLIS AMANAT KETUA JURUTERA MEKANIKAL NEGERI JOHOR 2024

Pada 31 Januari 2024 telah berlangsung Majlis Amanat Ketua Jurutera Mekanikal Negeri Johor Tahun 2024 bertempat di Dewan Seminar, Aras 3, JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor dengan dihadiri oleh semua warga kerja CKM Johor.

Tuan Ir. Hisham bin Mokhtar selaku Ketua Jurutera Mekanikal Negeri telah menyampaikan amanat dan harapan beliau agar warga CKM JOHOR lebih optimis untuk kekal memberikan komitmen yang terbaik dalam apa jua tugasan yang diamanahkan dan bersama-sama melangkah ke tahun baharu 2024 dengan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Majlis ini juga turut diadakan bagi meraikan pegawai-pegawai yang bersara dan bertukar jabatan pada bulan Januari dan Februari 2024:

a) Encik Suhaimi bin Mohd Salim (Pemandu Kenderaan H14)  – Bersara pada 19.1.2024

b) Encik Abd Razak bin Ismail (Pembantu Awam H14) – Bersara pada 1.2.2024

c) Encik Haider bin Abd Rahman (Pembantu Operasi N11) – Bertukar pada 15.1.2024

d) Encik Mohd Siheab bin Abdul Manaf (Jurutera Mekanikal Kanan J48) – Bertukar pada 5.2.2024

Selain itu, jabatan juga turut menyampaikan sumbangan kepada anggota:

a) Sumbangan Kematian – Arwah Md Khairul bin Mohd Nor yang meninggal dunia pada 3.1.2024

b) Sumbangan Bencana – Encik Hairulrizat bin Mohamed yang merupakan mangsa banjir dan telah ditempatkan di PPS Dewan Desa Sejahtera, Kota Tinggi pada 8.1.2024

Majlis ini ditutup dengan Sambutan Hari Lahir anggota yang dilahirkan pada bulan Januari, Februari dan Mac 2024.