Lawatan YB Menteri KPWKM ke Tapak Kompleks Penyayang, Kempas, Johor

Pada 5 Januari 2023, satu lawatan kerja ke tapak Kompleks Penyayang di Kempas, Johor telah diadakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Haji Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi meninjau kemajuan projek di lapangan.

Taklimat projek telah diberikan oleh En. Mohd Azrul Hisham Bin Mahin, sebagai wakil Pegawai Penguasa dari Pasukan Projek Persekutuan Negeri Johor (PPPNJ), JKR Johor.  Turut hadir adalah wakil dari syarikat kontraktor Camire Sdn. Bhd., WPP Pakar Arkitek, serta pasukan projek dri PPPNJ

Kompleks Penyayang Kempas ini adalah antara yang pertama dari jenisnya yang menggabungkan pelbagai fasiliti berkaitan kementerian tersebut di bawah satu bumbung dan diharap dapat memberi manfaat yang besar kepada masyarakat sekeliling.