MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN DAN SANJUNGAN BUDI JABATAN KERJA RAYA NEGERI JOHOR TAHUN 2024/2025

🗓 19 Jun 2025 (Khamis)

📍 Hotel Holiday Villa, Johor Bahru

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga JKR Negeri Johor yang telah menerima pengiktirafan atas prestasi cemerlang sepanjang tahun 2024/2025!

Majlis Apresiasi Kecemerlangan dan Sanjungan Budi ini telah berlangsung dengan penuh gemilang bagi menghargai komitmen, dedikasi dan pencapaian luar biasa warga kerja Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berbahagia Tuan Ir. Zainal bin Tumian, Pengarah JKR Negeri Johor.

Majlis ini merupakan manifestasi penghargaan terhadap budaya kerja berprestasi tinggi, yang sekali gus menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada seluruh warga jabatan untuk terus mengekalkan integriti, profesionalisme dan semangat khidmat kepada rakyat.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Prestasi Cemerlang (APC) 2024/2025. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkasa mutu perkhidmatan awam ke arah kecemerlangan berterusan.