Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Hospital Segamat

Pada 25 Februari 2023, Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Hospital Segamat, Johor telah disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, YB Dr. Zaliha Mustafa. Penyerahan projek telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya kepada YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bangunan tambahan yang diaksanakan mealui kaedah Reka dan Bina ini melibatkan pertambahan 67 katil pesakit meliputi Jabatan Kecemasan dan Trauma yang mengandungi 37 katil, Dewan Bedah 4 katil, Intensive Care Unit (ICU) 18 katil, High Dependency Unit (HDU) 8 katil, Central Sterile Supply Department (CSSD) dan Respiratory and Haemodynamics Unit (RHU). Disamping itu, bagi mengatasi kesesakan, turut disediakan adalah 422 lot tempat letak kereta tambahan.

Turut hadir dalam majis tersebut adalah YBrs. Ir. Abu Bakar bin Abdul Aziz,  Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) KKM,YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor.  Pasukan Projek Persekutuan Negeri Johor (PPPNJ) selaku Wakil Pengarah Projek, Pasukan HODT dari pelbagai disiplin, kontraktor dan peruding juga turut hadir dalam majlis tersebut.