JKR bangunan

Pada 6 Ogos 2024, berlangsungnya majlis penyerahan projek bangunan tambahan bagi Jabatan Kimia Malaysia, cawangan Negeri Johor. Majlis ini disempurnakan dengan kehadiran beberapa tokoh penting, termasuk YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), bersama-sama dengan YBrs. Puan Ruziah Binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains). Turut hadir adalah YBrs. ChM. Marhayani Binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, dan YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan).

Projek ini adalah sebahagian daripada usaha MOSTI untuk memperkasakan infrastruktur penyelidikan di negara ini, sekaligus memberi tumpuan kepada keperluan penyelidikan kimia dan analisis di peringkat negeri. Tambahan bangunan ini dijangka meningkatkan keupayaan Jabatan Kimia dalam menjalankan tugas-tugas kritikal mereka.