MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENYIAPKAN SEMULA BAKI KERJA BAGI MEMPERELOK JAJARAN DI LALUAN FT001 JOHOR BAHRU KE AIR HITAM, KM38-40 KULAI, JOHOR – SELEKOH S (TAWARAN SEMULA).
“Pada 21 Disember 2023 bertempat di tapak projek Selekoh S, Kulai telah berlangsung Majlis Penyerahan ‘Projek Menyiapkan Baki Kerja Bagi Memperelok Jajaran Di Laluan FT001 Johor Bahru Ke Air Hitam, KM38-40 Kulai, Johor – Selekoh S (Tawaran Semula)’.
Majlis telah disempurnakan oleh YB. TUAN Ir. Ts. MOHAMAD FAZLI bIN MOHAMAD SALLEH (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan Dan Infrastruktur Negeri Johor), Ir. ABU BAKAR BIN ABD AZIZ ( Pengarah Kerja Raya Johor), wakil kontraktor dan para hadirin yang hadir.
Pada Majlis ini telah diadakan upacara menandatangani Dokumen Penyerahan dan Simbolik Gambar Projek Siap.
Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Johor telah terlibat secara langsung dalam menjayakan projek ini dengan melaksanakan lantikan Kontraktor Elektrik secara Nominated Sub Contract (NSC). Projek tersebut meliputi pemasangan 27 Tiang Lampu Jalan jenis Double Spigot 150W dan 9 Tiang Lampu jenis Single Arm 240W.
Tahniah juga diucapkan kepada pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Setinggi – tinggi penghargaan dan Syabas juga diucapkan kepada pasukan projek dan semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.”