S3P’23 ‘SEMINAR PEMBAYARAN, PENCUKAIAN DAN PENGURUSAN PROJEK TAHUN 2023’.
“Pada 20 & 21 Disember 2023, bertempat di Dewan Kencanapuri, Pulai Springs Resort, Johor Bahru, Johor telah berlangsung Seminar Pembayaran, Pencukaian Dan Pengurusan Projek Tahun 2023 dengan penyertaan seramai 146 peserta yang mengambil bahagian.
Seminar telah dirasmikan oleh Pengarah Kerja Raya Johor, Ir. ABU BAKAR BIN ABD AZIZ dengan disaksikan oleh Ketua Jurutera Elektrik Negeri Johor, Ir Ts. Hj. KAMARUZAMAN BIN KASIMIN, para peserta, penceramah dan pempamir yang hadir.
Kursus ini bertujuan bagi memberi maklumat yang jelas kepada pihak Kontraktor Elektrik berkenaan Sistem Pembayaran Kerajaan, Pencukaian oleh pihak Kastam Diraja Malaysia, dan Sistem Pengurusan Projek di tapak bina. Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Akauntan Negeri Johor, Kastam Diraja Malaysia, E-Vendor, Tekun Nasional, dan CIDB”.