MAJLIS PENYERAHAN PROJEK NAIK TARAF KEM WAWASAN NEGARA GUNUNG PULAI, DAERAH KULAI.

“Pada 31 Oktober 2023 telah berlangsung majlis penyerahan projek NAIK TARAF KEM WAWASAN NEGARA GUNUNG PULAI, DAERAH KULAI. Majlis tersebut disempurnakan dengan majlis menandatangani dokumen penyerahan oleh Jurutera Daerah JKR Kulai iaitu Ir. Mohd Khairuul Khair Shah Bin Abdullah Sani, Ketua Kem Wawasan Negara iaitu Mohd Zamrin Bin Siran selaku wakil Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan wakil Kontraktor Utama.
Untuk projek tersebut, Pejabat CKE Negeri Johor terlibat dalam pelantikan kontraktor NSC Elektrik dengan skop kerja merangkumi pendawaian semula 10 blok asrama yang terlibat dengan kerja-kerja penggantian bumbung baru, pendawaian semula Sistem Siaraya di Dewan dan Surau serta pembaikan lampu jalan dikawasan Kem Wawasan Negara Gunung Pulai.
Semoga projek ini memberi manfaat kepada rakyat dan khususnya kepada Kementerian Belia Dan Sukan (KBS).”