Majlis Penyerahan Siap Kerja dan Lawatan Tapak Batalion 5 Pasukan Gerakan Awam, Simpang Renggam.
Majlis Penyerahan Siap Kerja bagi kerja-kerja penggantian 14 unit lif dan lain-lain kerja berkaitan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Auditorium Batalion 5 Pasukan Gerakan Awam, Simpang Renggam, Johor.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Pengarah, Ir. Zainal Bin Tumian, Ketua Pengarah JKR Negeri Johor. Turut hadir sama Penolong Pegawai Pemerintah BN5 PGA, YDH ASP Abd Muthalib Bin Dolah, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Ir. Haji Suhaili Bin Mansor, Ketua Jurutera Mekanikal Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor, Ir. Hisham Bin Mokhtar serta Jurutera Daerah JKR Kluang, Ir. Norlela Binti Abu Bakar.
Majlis ini turut disusuli dengan sesi lawatan tapak ke lokasi projek yang melibatkan penggantian sebanyak 14 unit lif yang telah siap dilaksanakan sepenuhnya. Ia menandakan satu lagi pencapaian penting JKR Johor dalam memastikan kemudahan dan prasarana di Batalion 5 Pasukan Gerakan Awam sentiasa berada dalam keadaan terbaik bagi menyokong keperluan operasi dan keselamatan anggota pasukan.
#iamjkr
#jkrjohor
#kementeriankerjaraya
#jasakepadarakyat
#jkrmalaysia






















Pelawat Hari Ini : 490
Pelawat Bulan Ini : 7415
Jumlah Pelawat : 492407
