MAJLIS LAFAZ IKRAR DAN ANGKAT SUMPAH MENYIMPAN RAHSIA RASMI KERAJAAN DIBAWAH AKTA RAHSIA RASMI 1972 (AKTA 88) WARGA JKR CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL NEGERI JOHOR TAHUN 2025
26 Mei 2025, Isnin – Pelaksanaan Perakuan Akta Rahsia Rasmi bagi tahun 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya oleh seluruh warga JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor. Majlis ini dilaksanakan bagi memberi penekanan dan kepentingan penjawat awam dalam menjalankan tugas dengan lebih integriti dan menyimpan rahsia Kerajaan. Majlis telah dimulakan dengan ucapan Yang berusaha Ir. Hisham bin Mokhtar, Ketua Jurutera Mekanikal Negeri Johor dan seterusnya bacaan ikrar yang diketuai oleh Encik Nur Hilmi bin Nor Azman, Jurutera Mekanikal CKMNJ dengan diikuti oleh seluruh warga JKR CKMNJ dengan penuh semangat.