Mesyuarat Penyelarasan Bagi Perasmian Projek Jambatan Pontian Kecil dan Majlis Pecah Tanah Jambatan Pontian Besar, Pontian, Johor

Pntn2025
Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya telah diadakan di Bilik Mesyuarat JKR Pontian pada 18 Disember 2025 (Khamis) bagi membincangkan status kemajuan Projek pembinaan Jambatan Pontian Kecil dan persediaan bagi program perasmian serta pecah tanah projek pembinaan jambatan baharu Pontian Besar, Pontian, Johor.
Sesi mesyuarat ini turut dihadiri Pengarah JKR Johor, Ir. Zainal bin Tumian, Jurutera Daerah JKR Pontian, Ir. Dr. Sharudin bin Ismail, serta jurutera dan staf JKR Pontian yang terlibat.
Pembinaan jambatan baharu ini dijangka memberi impak positif yang besar kepada masyarakat setempat, khususnya dari segi kelancaran trafik, peningkatan tahap keselamatan, pemangkin pembangunan ekonomi serta kemudahan perhubungan. Projek ini juga bakal menjadi mercu tanda ikonik kepada Daerah Pontian, sekali gus meningkatkan imej dan kesejahteraan penduduk setempat.
Program perasmian dan pecah tanah dijadualkan akan disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pada penghujung Januari 2026.