MAJLIS PENYERAHAN SIAP KERJA BAGI KERJA-KERJA PENGGANTIAN LIF & LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN
DI IPD KOTA TINGGI (5 UNIT) & IPD SERI ALAM (9 UNIT), JOHOR
Majlis Penyerahan Siap Kerja bagi Kerja-Kerja Penggantian Lif dan lain-lain kerja berkaitan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi melibatkan sebanyak 5 unit lif serta 9 unit lif di IPD Seri Alam telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna oleh pihak kontraktor yang dilantik.
Majlis penyerahan tersebut telah diadakan pada 5 Januari 2026 (Isnin) bertempat di Dewan Serbaguna, Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru. Majlis ini menandakan selesainya pelaksanaan projek mengikut skop kerja, spesifikasi serta tempoh yang telah ditetapkan.
Pelaksanaan kerja-kerja ini bertujuan bagi memastikan sistem lif beroperasi dengan lebih selamat, efisien dan selaras dengan piawaian semasa, sekali gus meningkatkan keselesaan serta kemudahan kepada warga IPD dan orang awam.
JKR Johor merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan projek ini sehingga ke peringkat penyerahan siap kerja.






Pelawat Hari Ini : 504
Pelawat Bulan Ini : 7429
Jumlah Pelawat : 492421
