PEMBINAAN SEKOLAH BAHARU 42 BILIK DARJAH & LAIN -LAIN KEMUDAHAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR DATO ONN, JOHOR BAHRU, JOHOR
Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Kejayaan pelaksanaan Pembinaan Sekolah Baharu 42 Bilik Darjah Dan LainLain Kemudahan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Dato Onn, Johor Bahru, Johor ini merupakan satu lagi bukti komitmen dan kecekapan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dalam memastikan setiap projek kerajaan dilaksanakan dengan cemerlang, menepati masa dan piawaian kualiti yang ditetapkan. Projek ini juga berjaya disiapkan dengan penyerahan 11 dalam 1.
Sebagai agensi pelaksana, JKR memainkan peranan penting dalam menterjemahkan perancangan strategik kerajaan kepada hasil nyata yang memberi manfaat terus kepada rakyat. Projek ini bukan sekadar pembinaan fizikal, tetapi simbol keprihatinan terhadap kesejahteraan komuniti setempat melalui penyediaan kemudahan pendidikan yang moden, selesa dan mudah diakses.
Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama erat dan dedikasi semua pihak yang terlibat — pasukan projek JKR di peringkat negeri dan daerah, kontraktor, perunding serta agensi pelaksana. Setiap sumbangan, sekecil mana sekalipun, amat dihargai dan menjadi pemangkin kepada penyempurnaan projek yang bermakna ini.
Dengan terbinanya SMK Bandar Dato Onn ini, diharapkan mutu pendidikan di kawasan bandar Dato Onn dan sekitarnya akan terus meningkat, seiring dengan aspirasi JKR untuk menyediakan infrastruktur berkualiti demi kesejahteraan rakyat Johor Darul Ta’zim. Sekian, terima kasih.
Ir. Ts. AZMAN BIN ZAKARIAH, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN PASUKAN PROJEK PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak


























Pelawat Hari Ini : 456
Pelawat Bulan Ini : 5714
Jumlah Pelawat : 508518