PROGRAM BUBUR LAMBUK RAMADHAN & MAJLIS AGIHAN INFAQ KURMA RAMADHAN TAHUN 2026
Jabatan Kerja Raya Negeri Johor (JKRJ) dengan kerjasama strategik pelbagai agensi termasuk Pejabat Kewangan Negeri Johor(PNJ), Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ), Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ), Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor, serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor (SPAJ) telah berjaya melaksanakan Program Agihan Bubur Lambuk sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia.
Serentak dengan itu, warga Bahagian Kontrak & Ukur Bahan JKR Johor turut mengadakan Program Agihan Infaq Kurma Ramadan sebagai tanda ukhuwah dan perkongsian rezeki buat seluruh warga kerja.
Program ini telah diagihkan yang penuh bermakna dan telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Zainal Bin Tumian, Pengarah Kerja Raya Negeri Johor bersama- sama YBrs. Ir. Izmal bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Johor yang berlangsung pada 26 Februari 2026 (Khamis) bertempat di Perkarangan Lif, Aras 1, Bangunan Dato Abdul Rahman Andak.
Inisiatif ini merupakan tanda ingatan dan ukhuwah daripada Jabatan kami buat semua staf sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat memberi keceriaan dan keberkatan dalam persiapan menyambut bulan ibadah.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
#JKRJohor #RamadanKareem #InfaqKurma #UkurBahanJKRJ #WargaJKRJ #MajuJohor


















Pelawat Hari Ini : 523
Pelawat Bulan Ini : 7448
Jumlah Pelawat : 492440
